Bagi
makluman Y.Bhg Dato’/Datin/Profesor/Dr/Tuan/Puan,Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) akan memberi pertimbangan kepada permohonan projek-projek penyelidikan
ERGS Fasa 1/2013 berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:-
i) kertas
cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan eksploratori,
mantap serta lengkap mengikut Garis Panduan ERGS;
ii) kos
projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi RM300, 000.00
dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun sahaja; dan
iii) setiap
Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja
bagi Fasa 1/2013.
Y.Bhg
Dato’/Datin/Profesor/Dr/Tuan/Puan perlu menghantar permohonan secara atas
talian ke http://orchid.uitm.edu.my/irmis/
08 Februari 2013 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang (salinan/hard copy tidak perlu dihantar ke RMI).
Borang
Permohonan, Garis Panduan ERGS serta Panduan Pengendalian Borang terkini boleh
dimuat turun melalui laman web RMI www.rmi.uitm.edu.my. Sebarang
pertanyaan mengenai permohonan sila hubungi 03-5543 7872/ 03-5521
1462/03-5521 1463/03-5544 3285.
No comments:
Post a Comment