Apa itu 5S?
5S adalah
5 set perkataan Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi ‘Se ‘ or “Shi.’
1) SEIRI
Sisih(Sort)- Mengasing dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja secara sistematik
Sisih(Sort)- Mengasing dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja secara sistematik
2) SEITON
Susun (Set In Order) -Menyusun barang-barang
yang diperlukan dengan teratur dan
sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal setelah
digunakan. Tempat untuk semua dan semua berada ditempatnya)
3) SEISO
Sapu (Shine) – membersih dan memeriksa
tempat kerja secara berkala dan menyeluruh supaya tiada habuk/kekotoran di atas
lantai, mesin dan pekakas.
4) SEIKETSU
Seragam (Standardise) – mengekalkan tahap
piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan
kekemasan pada setiap masa
5) SHITSUKE
Sentiasa Amal (Sustain)–
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti ( Quality
Environment) secara berterusan supaya ia menjadi amalan dan buadaya kerja
dalam organisasi.
Objektif 5S
1. Membina budaya Kaizen ditempat kerja
2. Membina kerjasama melalui penyertaan semua
pihak
3. Membina amalan kepimpinan pengurus dan
penyelia
4. Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan
program peningkatan kualiti lain.
Faedah melaksanakan 5S
- Tempat kerja menjadi lebih bersih dan teratur
- Tempat kerja menjadi lebih selamat
- Pencapaian yang boleh dilihat secara tidak langsung yang dapat menggalakkan penjanaan idea yang lebih banyak dan keratif
- Mengurangkan masa pencarian
- Aliran operasi kerja yang cekap
- Sebarang masalah dapat dieksan semasa proses pengeluaran
- Mengurangkan kecacatan pada produk atau perkhidmatan
- Kaedah-kaedah standard yang jelas.
- Mengurangkan masa memproses inventori
- Memaksimakan penggunaan kawasan
- Mengurangkan rungutan pelanggan
Kunci kejayaan 5S
- Mengadakan lawatan ke syarikat – syarikat yang menjadi model 5S untuk penambahbaikan yang berterusan
- Melatih semua peringkat staf untul mengamalkan 5S
- Mengadakan kempen 5S
- Merangka pendekatan yang sistematik dengan menggunakan Kitaran P-D-C-A ( Rancang – laksana-Periksa-Tindakan
- Mengamalkan Penilaian Prestasi dan Sistem Ganjaran
No comments:
Post a Comment