Unit ini diterajui oleh Encik
Bashir Ahmad Bashir Ahmad.
Pengenalan
Tugasan:
Tugasan:
Tugasan:
Tugasan:
6) AJK Paten & Pengkomersilan - Cik Tismazammi Bin Mustafa
7) AJK Jalinan Industri - Encik Mohd Shahrul Nizam
8) AJK Latihan Praktik (Pelajar dan Pensyarah) - Encik Zairi Ismael Rizman
Tugasan:
9) AJK Marketing Arms
Bengkel
Pengenalan
UiLC telah
ditubuhkan pada tahun 2003 bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama dan
usahasama di antara pihak universiti dan industri atau badan berkanun. Asas penubuhan
unit ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar dan pensyarah mempunyai
hubungan intelektual dengan industri mahupun di Malaysia ataupun luar negara.
UiLC telah ditukar nama kepada nama baru bermula tahun 2012 iaitu ICAN yang
membawa maksud Industry, Community & Alumni Network
Pihak industri atau badan berkanun merupakan golongan
yang akan mendapat manfaat sepenuhnya hasil dari teknologi terkini dan pada
masa yang sama mereka juga merupakan pihak yang berupaya mengetengahkan hasil
teknologi terkini kepada masyarakat amnya.UiTM pula
merupakan sebuah universiti yang berteraskan pendidikan kepada golongan
Bumiputera dan memiliki potensi, idea, kepakaran, penyelidikan dan pengetahuan
dalam mendidik golongan Bumiputera. Maka apabila kedua pihak ini bergabung
berkongsi idea dan menjalinkan usahasama lantas ia dapat mencetuskan sebuah
penghasilan dalam bentuk produk, sistem atau teknologi yang bermanfaat bukan
sahaja kepada pengguna, tetapi juga kepada pihak industri terutamanya dari segi
ekonomi.
Bagi UiTM
pula, kesinambungan penyelidikan dan pengetahuan ini dapat dipanjangkan kepada
pihak yang memerlukan di dalam bentuk pempatenan dan pengkomersilan. Kerjasama
ini selain dapat mengurangkan kos, ia juga dapat menambahbaik usaha
mengaplikasikan sumber negara dengan lebih baik. Selain itu, hubungan kerjasama
ini dapat diperluaskan dengan menganjurkan pelbagai bengkel/seminar/latihan
sebagai pembangunan kurikulum dan modal insan serta kerjasama dalam bidang
penyelidikan dan pemindahan teknologi yang melibatkan UiTM bersama organisasi
kerajaan atau swasta. Unit ini juga terlibat dalam program penempatan bagi
pensyarah untuk tujuan pemantapan kerjaya dari segi pengajaran dan pembelajaran
serta membangunkan kepakaran.
ICAN juga bertanggungjawab
untuk mengkoordinasi hubungan di antara graduan UiTM dan industri. Program ini
memberi peluang kepada pelajar untuk latihan industri, internship, biasiswa dan
peluang pekerjaan . Aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar juga secara
tidak langsung dapat menghubungkan universiti dengan pihak luar bagi
meningkatkan semangat kendiri di dalam diri graduan.
Dengan itu ICAN
bertanggungjawab untuk menghubungkan para penyelidik dari UiTM dengan pihak
industri yang bersesuaian. Pada masa yang sama, ICAN juga bertanggungjawab
menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang menghubungkan universiti dengan pihak
luar. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak UiLC Terengganu ialah:
Motto: "Bridging
University & Industry" - ”Menghubungkan Universiti dan Industri”
Visi : Menjadi
pusat menghubungkan UiTM Terengganu dengan pihak Industri
Misi : Menghubungkan informasi,
pengetahuan, dan teknologi di antara pihak,staf dan pelajar universiti dengan
pihak industri yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tetapi
kepada univeriti dan industri.
Objektif
- Menjadi pusat rujukan untuk aktiviti UiTM Terengganu dan pihak industri
- Menyelaraskan hubungan dengan pihak industri melalui penyelidikan, pengkomersilan, usahasama dan perundingan
- Mewujudkan peluang untuk UiTM dan pihak industri bekerjasama melalui latihan industri pelajar dan staf.
- Mewujudkan peluang untuk staf dan pelajar mengetengahkan produk atau sistem mereka ke pertandingan pertandingan inovasi .
1) Koordinator
ICAN - Encik Bashir Ahmad Bashir Ahmad
Tugasan:
- Menyelaraskan hubungan dengan pihak industri melalui penyelidikan, pengkomersilan, usahasama dan perundingan.
- Mewujudkan peluang untuk UiTM dan pihak industri bekerjasama melalui latihan industri pelajar dan staf dengan memeterai MoU/MoA
- Mewujudkan peluang untuk staf dan pelajar mengetengahkan produk atau sistem mereka ke pertandingan inovasi dan rekacipta.
- Merekodkan senarai pelajar dari setiap fakulti dan program yang menjalani latihan praktikal dari UiTM Terengganu
2) Setiausaha
- Puan Dalilah Ab Manan
Tugasan:
- Menyediakan surat menyurat berkaitan untuk tujuan hubungan antara industri
- Memegang fail dan folder berkaitan ICAN/MoU/MoA
- Mengendalikan urusan berkaitan kertas kerja
- Menyediakan surat lantikan dan surat penghargaan kepada ahli jawatankuasa
3) AJK
Laporan - Cik Nur Azwani
Mohamad Azmin
Tugasan:
- Menyediakan minit mesyuarat
- Menyediakan laporan bulanan dan hebahan ICAN
4) AJK
IID - En Abd Razak Abu Kasim
Tugasan:
- Menyediakan ruangan platform untuk pemasaran hasilan produk ke pertandingan IID.
- Membina hubungan bersama Marketing Arms dalam penghasilan inovasi yang boleh diketengahkan ke peringkat IID, rekacipta dan lain-lain
5)
AJK Alumni - Dr Zainuddin bin Zakaria
Tugasan:
- Membina hubungan dan jalinan industri yang boleh dicapai melalui persatuan alumni UiTM Terengganu bagi tujuan kepentingan UiTM secara menyeluruh.
- Perlu menghadiri mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan Alumni UiTM TerengganuMembina hubungan dan jalinan industri yang boleh dicapai melalui persatuan alumni UiTM Terengganu bagi tujuan kepentingan UiTM secara menyeluruh.
- Perlu menghadiri mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan Alumni UiTM Terengganu
6) AJK Paten & Pengkomersilan - Cik Tismazammi Bin Mustafa
Tugasan:
- Mewujudkan cara pelaksanaan pempatenan yang sistematik dan mudah diuruskan.
- Mencari pasaran dan ruangan untuk pengkomersilan hasil produk UiTM.
7) AJK Jalinan Industri - Encik Mohd Shahrul Nizam
Tugasan:
- Berperanan sebagai perantaraan dalam mewujudkan hubungan dua hala dengan industri
8) AJK Latihan Praktik (Pelajar dan Pensyarah) - Encik Zairi Ismael Rizman
Tugasan:
- Menyalurkan maklumat latihan industri ke pengetahuan setiap fakulti UiTMT
- Membantu koordinat fakulti menyelaras latihan pratikal bagi pelajar dan pensyarah
- Mengemaskini dan menyimpan data latihan pratikal bagi kampus UiTMT
9) AJK Marketing Arms
Dungun
·
Fakulti Kejuruteraan - Sopiah Ambong Khalid
·
Fakulti Komputer dan Sains - Zawawi Ismail Abdul Wahab
·
Fakulti Perakaunan - Rohayati bt Jusoh
·
Fakulti Pengurusan Perniagaan - Wan Zuhaila Wan Abd Rahman
·
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan - Mohaini Mohamad Hassan
·
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi -
Iskandar Hassan Tan Abdullah
·
CITU - Tiada
·
Akademi Pengajian Bahasa - En. Anizan bin Sulaiman
·
Fakulti Undang-Undang - Cik Ernie Melini
Chendering
·
Gugusan Sains Sosial dan Kemanusian - Nani Hartina Ahmad
·
Gugusan Pengurusan Perniagaan - Hasyaniza Yahya
·
Gugusan Sains Teknologi - Syarifah Nurul Hikmah Syed Yassin
·
Korrdinator ICAN Chendering - Fatimah Zainab Dzulkifli
Tugasan:
- Mengenalpasti kepakaran pensyarah dan perjalanan LP serta jalinan industri fakulti masing-masing
- Bertanggungjawab menyalurkan informasi-informasi daripada ICAN kepada fakulti masing-masing untuk tindakan susulan.
Bengkel
Bengkel "Knowledge Transfer Program (KTP)" - Fasa 3 (2013), Dewan Jasmin & 14A2 (4-5 Nov 2012)
Objektif program ini adalah untuk member tunjuk ajar kepada pensyarah khususnya pensyarah baru untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan geran KTP sama ada melibatkan industry ataupun komuniti. Taklimat mengenai KTP oleh wakil ICAN dari UiTM Shah Alam, Dr Jamaluddin.
Senarai perjanjian persefahaman:
- 2 perjanjian MoU diantara UiTM (Terengganu) dengan pihak SIRIM Berhad dan LSG SKYChef-Brahim Sdn Bhd - 30 Ogos 2012
- Mengadakan pertandingan IID UiTM (Terengganu) 2012 melibatkan staf UiTM seMalaysia, pelajar-pelajar IPTA/Politeknik bagi kawasan Pnatai Timur dan pelajar sekolah di kawasan Terengganu - 19hb September – 20 hb September 2012
- Cadangan usaha untuk menjalani hubungan kolabrasi dan memeterai 1 MoU diantara UiTM (Terengganu) dengan universiti di Kazakhstan dalam bidang Perhotelan
- Cadangan usaha untuk menjalani hubungan kolabrasi dan memeterai 1 MoU diantara UiTM (Terengganu) dengan Dewan Bahasa & Pustaka dalam bidang Penulisan buku dan manuskrip - Februari 2013
- Usahasama dengan pihak MERCY Malaysia dalam bidang Kemanusiaan dan Kemasyarakat sama ada dalam negeri atau di luar negara (5 staf dan 5 pelajar) - awal bulan November 2012
- Program Jejak Inovasi Terengganu bagi masyarakat setempat diantara UiTM (Terengganu) dengan Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan Kerajaan Negeri
No comments:
Post a Comment