Alhamdulillah!. Taklimat Perundingan oleh pihak RMI UiTM Shah Alam telah berjaya diadakan di UiTMT pada 10 Mac 2013 bertempat di bilik High Impact, bangunan Integriti. Pasukan 3 orang daripada RMi diketuai oleh Ketua Penyelidikan sendiri, iaitu puan Norhasnah M Saheh. Seramai 35 peserta telah hadir ke sesi penerangan ini. Terima kasih kepada peserta/wakil SIG yang hadir. Pelbagai isu berkaitan perundingan telah diperjelaskan melalui sesi taklimat dan soal-jawab. Semoga aktiviti perundingan dapat diaktifkan lagi di kampus ini.