Saturday, March 9, 2013

Taklimat PERUNDINGAN

Alhamdulillah!. Taklimat Perundingan oleh pihak RMI UiTM Shah Alam telah berjaya diadakan di UiTMT pada 10 Mac 2013 bertempat di bilik High Impact, bangunan Integriti. Pasukan 3 orang daripada RMi diketuai oleh Ketua Penyelidikan sendiri, iaitu puan Norhasnah M Saheh. Seramai 35 peserta telah hadir ke sesi penerangan ini. Terima kasih kepada peserta/wakil SIG yang hadir. Pelbagai isu berkaitan perundingan telah diperjelaskan melalui sesi taklimat dan soal-jawab. Semoga aktiviti perundingan dapat diaktifkan lagi di kampus ini.





Tuesday, February 26, 2013

Program Tunas Mekar Siri 4

Perlancaran Program Tunas Mekar Siri 4 Sesi 2013-2014 Zon Timur dan Kursus Induksi akan diadakan di Gambang Resort pada 22 - 24 Mac 2013, makalala UiTM Pahang - Tunas Mekar Negeri Pahang dan PPP Negeri Pahang (ICU) menjadi tuan rumah untuk program perlancaran dan induksi untuk kali ini.
Program ini menglibatkan Para peserta program dan Kaunselor Tunas Mekar Siri 4 dari ketiga - tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Program ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Jamalunlaili b. Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Modal Insan Keusahawanan (MASMED) UiTM Shah Alam.

Hantar borang ERGS!

Tuan-puan yang telah membuat pembaikian kepada borang ERGS perlu menghantar: 

  • SOFTCOPY - secara online SEBELUM 5 petang HARI INI (27  feb 2013)
  • HARDCOPY -  ke pejabat RMU UiTM Trg sebelum 5 petang HARI INI (27 Feb 2013)

HARAP MAKLUM

Sunday, February 24, 2013

Program ICAN



1) Geran Galakan Knowledge Transfer Program (KTP) (Dana Kecemerlangan) pada:

Tarikh: 4 dan 5 Mac 2013 (Isnin & Selasa),
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Jasmin

2) Majlis perjanjian signing Memorandun Perjanjian Persefahaman (MoU) diantara UiTM (Terengganu) denga pihak Dewan Bahasa & Pustaka pada 14 Mac 2013 di Dewan Bidara, Hotel UiTM (Terengganu). Masa 9.00 pagi – 12.00 tengahari.

Monday, February 18, 2013

Lawatan Benchmark 5s Pada 13-15 Februari 2013

Pada 13-15 Feb 2013, Puan Aiza dan Puan Dalilah (PJIA UiTMT) telah menyertai pasukan UiTMT melawat  Malaysian Productivity Corp. (MPC) serta Pusat Kesihatan Shah Alam yang telah mendapat persijilan 5S & QE pada tahun 2011. UiTM (Terengganu ) sedang mengorak langkah untuk mendapatkan persijilan 5S & QE.Malahan Rektor sendiri telah bersuara untuk mendapatkan persijilan ini sejak tahun 2012 lagi.


Tuesday, February 12, 2013

Geran penyelidikan diterima 2012

5 Geran penyelidikan RAGS: Jumlah besar diterima untuk 2012 ialah RM250,000:
  1. Mechanism of carbonated hydroxyapatite formation using eggshells – Zarina Omar
  2. Sustaining entrepreneurial efforts through entrepreneurial inspirational model – Irwan Ismail
  3. Online education mobile customer relationship marketing (MRCM) model – Fatimah Zainab Dzulkifli
  4. SMEs Proposer Accounting System Model – Nur Raihana Mohd Sallem
  5. Prinsip terjemahan kata nafi Bahasa Arab – Nur Hafizah Ahmad Tajuddin


2 Geran ERGS: Jumlah besar diterima untuk 2012 ialah RM102,200:

  1. Development of relational norms in the collaboration of malaysian Higher education institutions – Dr. Zainuddin Zakaria
  2. Optimal travelling salesman route with parallel genetic algorithm by using beowulf cluster computing – Mohamed Faidz Mohamed Said